Posts

SELAMAT DATANG KE "DUNIA PANT"

Image
Kaedah Petak Asas Nilai Tempat (PANT) /  "Based Ten Block"  Dalam penolakan dalam lingkungan 100, saya menggunakan kaedah Petak Asas Nilai Tempat (PANT) atau  "Based Ten Block"  dalam pengajaran penolakan yang melibatkan pengumpulan semula bagi murid Tahun Satu. Standard pembelajaran bagi penolakan Tahun Satu ialah  2.3.2 Menolak dua nombor dalam lingkungan 100 . Saya telah menggunakan tiga jenis PANT iaitu PANT ratus, PANT puluh dan PANT sa. Antara kebaikan menggunakan kaedah  Petak Asas Nilai Tempat (PANT)  termasuklah pelajar dapat memahami konsep nilai tempat dalam operasi penolakan.   Rajah 1 Saya mengambil keputusan untuk menghasilkan PANT yang diubahsuai daripada “based ten block” (Rujuk Rajah 1 bagi PANT ratus, PANT puluh dan PANT sa). Proses pengubahsuaian adalah disebabkan beberapa faktor seperti kemudahan yang terdapat di dalam kelas dan bagi memberikan pengalaman kepada murid untuk berasa seronok serta menimbulk...